.

~ Iklan RM80/Sebln ~


[hubungi+admin+rm80.gif]

http://img41.imageshack.us/img41/1236/noni3.gif
08/01/2010
http://img30.imageshack.us/img30/9088/lelakidipacakkana.gif
07/01/2010
http://img263.imageshack.us/img263/2127/jihad2u.gif
03/01/2010
The image “http://img196.imageshack.us/img196/300/728x90kedahlanie.gif” cannot be displayed, because it contains errors.
02/01/2010
http://img517.imageshack.us/img517/8850/bannersn.gif
22/12/2009
http://3.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/SwJbj3MDvWI/AAAAAAAACv4/gw_bRyF56KI/s1600/2009-11-17_161432.jpg
18/12/2009
http://img137.imageshack.us/img137/3158/kedahlani.gif
13/12/2009
The image “http://img81.imageshack.us/img81/1959/takaful.gif” cannot be displayed, because it contains errors.
08/12/2009
http://img35.imageshack.us/img35/31/728x902.gif
08/12/2009

:: TAJUK APA HARI INI ::

:: Cerita Terdahulu Boleh di CARI di Sini ::

~ Anda Ketinggalan Artikal di KedahLanie, OK Sila gunakan 'KOTAK HIKMAT' ini
untuk mencari apa yang anda inginkan..!! ~

~ IKLAN@KEDAHLANIE : RM 50/SEBULAN ~

[1.jpg]
25/12/2009
http://img64.imageshack.us/img64/6950/kedahlaniebigpower.gif
13/12/2009
28/12/2009
http://img4.imageshack.us/img4/9440/duduksajaaa.gif09/12/2009
http://img215.imageshack.us/img215/8392/jovav2.gif
01/01/2010
28/12/2009
14/12/2009
http://img141.imageshack.us/img141/4298/xxxxxxxxx.gif
14/12/2009
http://img136.imageshack.us/img136/4043/mudah.gif
05/01/2010
http://qurancentre.net/images/iklan-360.gif
14/12/2009
http://img21.imageshack.us/img21/5475/banner468x60e.gif
20/12/2009



- Sila hubungi KedahLanie@gmail.com untuk menempah ruang pengiklanan.
[2009-10-26_161946.jpg]

http://img139.imageshack.us/img139/6769/maklumatlanjut.gif

http://img23.imageshack.us/img23/8096/kliksaja.gif
[Tamat - 11/12/2009]

YB Pakatan Rakyat yang manakah di KEDAH yang anda kenali..?
[
Lakukan Undian di blog MyKedah2U]

08 December 2009

NAMPAKNYA MAHFUZ OMAR TAK FAHAM 'PERANGKAP' MEDIA

oleh kedahlama

Tindakan YB Mahfuz Omar yang membuat kenyataan terbuka agar menantu Menteri Besar Kelantan, TGNA meletakkan jawatan segera sebagai satu tindakan bodoh peribadi yang membuka pekung di dada bahawa YB Mahfuz ni tak faham tatacara dan prosedur penjawat awam.

Memang betoila sejak dari dulu lagi aku selalu kata bahawa ramai pemimpin PAS ni hanya pandai jaga parti, tapi tak pandai dan tak reti untuk menjtadbir negeri dan kerajaan. Sebagai pegawai kerajaan, proses perletakkan jawatan bukan boleh dibuat serta-merta. Ia ada prosedur yang perlu diambilkira dan dipatuhi. Perlu menulis surat dan menunggu tempoh kelulusan meletakkan jawatan tersebut.

Tindakan Ariffahmi adalah betul. Aku adalah kakitangan kerajaan dan aku faham apa yang dibuat oleh Ariffahmi. Cuma yang tak faham adalah Mahfuz Omar. paling bodoh YB ni masih dok gila microfon reporter. Suka buat kenyataan yang memakan diri. Sepatutnya tak perlu layan Astro Awani. Sejak dulu lagi aku tak berapa berkenan dengan Mahfuz ni. Dia adalah bekas Penjaga Stor, Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas Pulau Pinang. Terlibat dengan PAS kerana semangat dan jiwa yang kuat memperjuangkan Islam.

Dalam soal-soal pentadbiran dan prosedur perkhidmatan dia kena tau jugak. Kalau taktau janganlah dok buat statement membuta tuli kerana ia akan memakan diri dan merugikan Pakatan Rakyat. Mahfuz ni hanya tau pasai pengurusan parti saja dan pandai cakap dalam Parlimen...tapi kadang-kadang dia cakap tanpa data dan bukti sahih. Seronok dok bertengkag dalam parlimen saja. Padahal di luar tak tera mana pun. Kawasan dia sendiri pun tak terurus.

Kalau setakat mai jengok muka bila ada mati dan kenduri, lebih baik takpayah mai. Yang tu kerja Penghulu dan JKK saja. Kerja Yang Berhormat ni perlu sistematik. Kena ada data dan statistik penduduk dalam parlimen. Perlu ada data dan statistiki kampung dan lokaliti. Perlu ada bancian masalah rakyat. Perlu ada pengurusan membantgu rakyat melalui agensi kerajaan negeri dan permohonan kepada agensi Kerajaan Pusat.

Perlu ada tindakan dan laporan bertulis. Perlu ada perjumpaan bulanan setiap lokaliti dan mukim bagi bertemu dan membantu rakyat yang memerlukan bantuan. Perkara ni tidak berlaku secara sistematik. Kalau setakat jengok muka bila balik sekali sekala, itu belum cukup digelar Yang Berhormat. Kalau setakat dok jerkah dan tunjuk hebat di Parlimen, itu belum tentu ada jaminan bahawa rakyat dalam Parlimen anda akan terbela dan terjaga.

Oleh itu, eloklah belajar cara-cara pengurusan dan pentadbiran agar tahu sikit selok belok prosedur pengurusan. Jangan main hentam saja dan jangan suka sangat bercakap tak tentu hala bila wartawan hulog microfon. Semua tu perangkap yang banyak merugikan Pakatan Rakyat.

Taklimat Perumahan - Apa yang tidak dilapor oleh Media?

oleh SETPOL MB Muhamad Sanusi Md Nor

Hari ini berita di akhbar dan blog tentang Taklimat Dan Diskusi Isu-isu perumahan 6 Disember lalu membuat kesimpulan... Polisi Kuota 50-50 ditangguhkan untuk mencari kaedah lain yang lebih sesuai. Bernama menulis begini...

ALOR SETAR: Pelaksanaan dasar baru perumahan di negeri ini yang menetapkan kuota 50 peratus untuk Bumiputera, ditangguhkan sehingga satu garis panduan baru yang lebih jelas dikeluarkan.Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan Pembangunan Luar Bandar, Membasmi Kemiskinan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air Dan Tenaga negeri, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi, berkata keputusan itu dibuat selepas pihaknya mengadakan perjumpaan serta perbincangan dengan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik pelbagai kaum.
*
"Tangguh dulu pelaksanaan kuota 50 peratus ini sebab nampak ada pihak tak puas hati dengan dasar ini dan kita akan cari kaedah yang lebih munasabah untuk menyelesaikan masalah ini."Kita tak mahu ada yang kata dasar yang dibuat ini, tidak adil dan isu perumahan jadi berlarutan, sebab kuota 50 peratus tu bukan dasar umum, yang beri gambaran seolah-olah semua keadaan tanah mesti ada 50 peratus kuota untuk Bumiputera," katanya ketika ditemui pemberita di Wisma Darul Aman di sini. - Bernama
*
Saya mempengerusikan taklimat dan diskusi itu, saya juga mengikuti sidang akhbar selepas itu. Paling jelas kepada saya ialah polisi ini bukan ditangguhkan, tetapi yang ditangguhkan ialah proses meluluskan permohonan untuk membangunkan kawasan perumahan baru yang melibatkan swapping (kerana swapping lah polisi ini diwujudkan) . Penangguhan ini bertujuan untuk kerajaan membuat kajian, semakan, dan meneliti setiap permohonan dalam kategori itu, sejauh mana keperluan untuk melakukan swapping! Maka, dengan sendirinya kuota 50-50 yang ditetapkan dalam tanah-tanah melibatkan swapping, tertangguh! Inilah yang tidak dilaporkan dalam berita hari ini dan semalam.
*
Setelah sesuatu permohonan kebenaran merancang (pembangunan kawasan perumahan baru ) yang melibatkan tanah swapping diluluskan, maka polisi kuota ini akan tetap terpakai, jika permohonan itu tidak diluluskan, maka tidak timbullah isu polisi 50-50. Hak dan tanggungjawab meluluskan setiap permohonan terletak kepada pihak berkuasa negeri, bukan terletak kepada urutan prosedur yang dipatuhi atau dilanggari oleh pemaju!
*
Mari kita memahami kandungan taklimat itu, supaya pembetulan dan penambahbaikkan kepada berita-berita hari ini dan semalam dapat dilakukan.

ISU PERTAMA
***************
Matlamat dan tujuan Dasar dan polisi Perumahan:
*
1. Melaksanakan Keadilan kepada semua lapisan rakyat terhadap hak untuk mendapatkan rumah sebagai keperluan asas (basic necessity), terutama golongan miskin dan berpendapatan rendah. Matlamat ini dapat dijayakan melalui bantuan perumahan kerajaan (yang dilaksanakan oleh pelbagai agensi) dan penetapan kuota perumahan kos rendah yang disyaratkan kepada pemaju.
*
2. Memansuhkan dasar pecah dan perintah (devide and rule) yang diperkenalkan oleh penjajah yang menyebabkan taburan penempatan penduduk berasaskan kaum dan ekonomi (Melayu di kampung, Cina di bandar perlombongan dan India di estet). Masyarakat masa depan mesti mencapai integrasi melaui pergaulan yang harmoni dalam satu komuniti penempatan yang sama. Unjuran JPM pada tahun 2020, 60% penduduk Kedah akan mendiami taman-taman perumahan apabila tanah-tanah tradisi tidak lagi lagi mampu menampung pembinaan kediaman menerusi pinjaman dan gadaian kepada institusi kewangan.
*
3. Rumah-rumah yang dibina di Kedah mesti mengambilkira kedudukan sosioekonomi rakyat kedah, dimana pembinaan rumah mampu milik (affordable house) mesti diutamakan. Pada masa ini, kerajaan berpandangan rumah sebagai keperluan asas semua rakyat lebih utama daripada pemilikan rumah sebagai aset untuk perniagaan/pelaburan.

Demi mencapai matlamat ini, beberapa kepentingan beberapa pihak

ISU KEDUA
************
Polisi 50-50 bukanlah dasar umum perumahan bagi semua kategori tanah. Ia hanya bagi tanah-tanah yang terlibat dengan proses swapping. Jika tiada swapping, polisi lama (100% kepada kaum melayu untuk Tanah Rizab Melayu (TRM) dan 30-70 untuk tanah pegangan bebassedia ada) masih dikekalkan . Polisi ini tidak pernah dibantah dan tidak pernah dibangkitkan sebagai isu politik sebelum ini. Ia langsung tidak berubah!
*
TRM hanya boleh dimiliki oleh melayu bukanlah isu perkauman. Ia terkandung dalam Kanun Tanah Negara (Land Code) yang menjadi sebahagian Perlembagaan Negara yang diterima semua kaum.
*
Kerajaan baru juga memperkemaskan dan menjelaskan lagi polisi 30-70 dalam tanah-tanah pegangan bebas (Free hold) yang diteruskan daripada dasar sedia ada, dengan penambahan perkataan sekurang-kurangnya 30% mesti dijual kepada melayu dan yang ditafsirkan sebagai berstatus "melayu", manakala 70% lagi adalah jualan terbuka kepada mana-mana pihak termasuk kaum melayu. Manakala bagi kes di langkawi, kuota 50-50 dalam tanah pegangan bebas kekal dengan dasar lama. Ini juga melibatkan penambahan "sekurang-kurangnya".


ISU KETIGA
*************
Swapping - syarat dan Kesannya.

Swapping mesti mematuhi syarat 'same value and similar character'. Ini yang sukar ditentukan dan sering diabaikan. TRM di Alor Setar diganti dengan tanah di Kubang Pasu, nilainya sudah tidak sama lagi, maka kerajaan menetapkan tanah yang diganti itu mesti lebih luas 0.5% bagi menghampiri nilainya yang sebenar. Itu belum mengambilkira character (ciri-ciri tanah itu). Sering terjadi, TRM di tengah bandar diganti dengan tanah hutan belukar yang terletak nun jauh dihujung benua. Apakah kesannya kepada TRM dan pemilikannya di negara ini seperti yang ditetapkan oleh Kanun Tanah Negara? Di Kedah, TRM yang belum diganti setelah dicabut keluar menjadi free hold melebihi 1000 ekar (zaman dulu).
*
Kerajaan sedang mengkaji apakah perlu swapping hanya dilakukan untuk lot-lot yang dijual kepada bukan Melayu. Katakan 40% daripada Tanah Free hold yang asalnya TRM di Alor Setar dijual kepada kaum Melayu, maka penggantian (swapping) hanya perlu dilakukan kepada 60% selebihnya itu sahaja. Ini bagi memberi ruang kepada pemaju mendapatkan tanah yang memenuhi syarat swapping iaitu 'same value and similar character". Ini adalah satu pembaharuan yang sedang dipertimbangkan, yang akan memberi kelebihan kepada pemaju dan insustri perumahan di Alor Setar.
*
Pemohonan membuat swapping di Kedah tidak lebih 20% daripada keseluruhan permohonan membangunkan kawasan perumahan dan bandar-bandar baru. Tetapi 20% ini dicanang oleh media milik pihak tertentu seolah-seolah kerajaan menekan pemaju dan mengamalkan perkauman dengan polisi 50-50 dalam keseluruhan sektor itu. Ini tidak dilapor dalam media hari ini dan kelmarin.
*
Untuk memberi ruang isu-isu swapping ini dihalusi, maka semua permohonan yang terbabit dengan swapping ditangguhkan dulu. Setelah satu kaedah - yang lebih efisyen, kemas, teratur, konsisten, dan boleh dipertahankan - diputuskan oleh pihak berkuasa negeri, barulah permohonan itu akan diproses, dan polisi 50-50 akan terpakai. Ini juga tidak dapat dikesan (?) oleh pemberita dan media.
*
Kesimpulan daripada penjelasan dalam taklimat itu ialah:
**************************************************************
a) Semua dasar dan polisi kerajaan dalam perumahan di Kedah adalah kekal seperti dasar lama, kecuali polisi bagi tanah-tanah yang melibatkan swapping.
*
b) Permohonan dan proses kelulusan yang melibatkan swapping ditangguhkan untuk memberi peluang kepada kerajaan mengkaji keperluan dilakukan swapping dan kesan-kesan daripadanya.
*
c) Swapping harus memenuhi syarat 'same value and similar character' supaya di masa hadapan TRM tidak tersisih ke hujung benua.
*
d) Keutamaan sebuah kerajaan ialah melaksanakan keadilan kepada semua kaum, menjamin hak dan keperluan seluruh rakyat, merancang masa kini untuk masa depan serta memastikan ekonomi dapat berkembang. Dalam mencapai hasrat ini, ada 'kos melepas' yang terpaksa ditanggung.
*
e) Kerajaan tidak akan tunduk kepada desakan perniagaan (kapitalis) berbanding komitmen kerajaan membawa kesejahteraan kepada seluruh rakyt negeri ini.
*
Sekian.

Azizan minta rakyat tegur kesilapan kerajaan negeri

ALOR SETAR, 8 Dis: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak meminta rakyat negeri itu menegur dan memberitahu tindakan silap dan boleh dianggap zalim yang dilakukan kerajaan negeri.

Berucap pada himpunan bulanan bersama kakitangan kerajaan negeri di Wisma Darul Aman semalam beliau memberitahu, kerjasama rakyat itu sangat perlu bagi memudahkan kerajaan negeri bertindak segera bagi membetulkan segala kesilapan demi kesejahteraan rakyat negeri itu.

"Saya mintak semua rakyat tolong tunjuk di mana kerajaan sekarang buat zalim supaya kita dapat baiki.

"Kita mengaku tak semua kita buat adil, kita tak mahu nak jawab depan Tuhan," katanya ketika berucap dihadapan kakitangan dan pegawai kerajaan negeri semalam.

Pada perhimpunan tersebut beliau turut mengingatkan kesemua kakitangan kerajaan negeri cermat dalam menunaikan tanggungjawab pentadbiran agar tidak menzalimi rakyat.

Beliau tidak menolak kemungkinan, kerajaan negeri tidak terlepas dari melakukan perkara tersebut dalam urusan pentadbiran.

"Kita ni pegawai kerajaan. Saya menteri besar, ni ketua jabatan dan exco, kadang-kadang kita buat perkara zalim kat orang, sengaja dan tidak sengaja.

"Saya tekan sangat jangan buat zalim pada orang," katanya .

Lebih lebih lagi katanya, doa orang dizalimi langsung tidak terhijab dan akan dimakbulkan Allah.

Sehubungan itu semua kakitangan di semua peringkat ujarnya perlu berhati-hati agar tidak terjerumus dalam melakukan tindakan yang boleh disifatkan sebagai zalim.

Ulasan Dr Mohd Asri Asri Terhadap Kenyataan Mufti Selangor

oleh Ust Dr M. Asri


Saya Tidak Lebih Baik Daripada Nabi Musa, Mereka Yang Lalai Itu Tidak Lebih Buruk Dari Firaun - Dr Asri


Melihat kepada kenyataan Yang Diraikan Tuan Mufti Selangor, (sila klik di sini) saya kira beberapa sudut pandangan ingin saya berikan;

Pertama: saya menghormati perbezaan dan hak beliau untuk memberikan pendapat. Saya tidak akan mempertikaikan hak bersuara dan memberi pendapat selagi ia diuruskan dengan kematangan intelektual, bukan dengan kerakusan kuasa.

Kedua: Dalam sejarah dakwah, insan-insan yang lebih baik daripada kita bahkan tidak dibandingkan dengan kita iaitu para nabi telah pergi berjumpa dan berbicara dengan mereka yang jauh lebih buruk, zalim dan sangat menderhakai Allah dibanding sesetengah mereka yang lalai hari ini.

Bacalah al-Quran, contohnya, bagaimana Nabi Musa diperintahkan Allah untuk berjumpa Firaun di istana Firaun yang penuh dengan kesyirikan dan kezaliman. Nabi Musa a.s telah pergi, bertemu, menasihati dan berbicara dengan Firaun.

Adakah sesiapa yang merasakan dirinya lebih baik daripada Nabi Musa a.s. dan masyarakatnya lebih buruk daripada Firaun? Dakwah itu mulia kerana tujuannya mulia di mana pun ia pergi. Adakah hanya orang masjid sahaja yang patut mendengar ajaran Islam sementara yang lain dibiarkan hanyut?! Saya rasa tidak demikian, dakwah ini bersifat merakyat dan merentasi segala sempadan.

Ketiga: Malanglah dakwah ini jika ‘golongan bergaji’ atas nama agama hanya ingin duduk dalam bilik berhawa dingin dan atas kerusi empuknya sahaja. Lantas menganggap jijik untuk turun ke padang. Malanglah dakwah ini jika setiap hanya mengukurnya dengan kerja rasmi atau kadar gajinya.

Lebih malang lagi, jika kita menerima gaji lebih besar dari kerja dakwah yang dijalankan. Jika baginda Nabi Muhammad s.a.w tidak pergi ke setiap pelosok masyarakat baginda dan hanya duduk di masjid dan rumah mewah sahaja, tentulah Islam tidak berkembang dan tersebar. Kita patut mencontohi Nabi s.a.w. dan tidak boleh bongkak dan membesar diri. Nabi s.a.w dan para sahabat tidak bergaji, sedangkan kita bergaji dan berkereta mewah.

Keempat: Saya berterima kasih dengan sokongan yang tidak putus dari berbagai pihak yang ingin menyertai dan berkerjasama dalam usaha dakwah ke serata tempat termasuk pusat-pusat hiburan. Sokongan artis, ahli politik dan anak-anak muda amat memberangsangkan. Sokongan ini bukan untuk kepentingan saya, tetapi untuk masa depan kesedaran dakwah untuk umat ini.

Kelima: Saya akur dengan kesibukan tugas yang ada. Bukanlah semesti saya akan pergi sentiasa ke tempat-tempat tersebut. Namun sebagai rangsangan awal dan galakan kepada usaha-usaha mendekati sasaran dakwah maka saya insyaAllah akan cuba mendapatkan masa yang sesuai untuk memulakan langkah awal dan galakan. Selepas itu menyusun program ke arah membantu hal tersebut.

Keenam: Saya berharap setiap individu muslim meneruskan usaha menyampaikan kebaikan Islam. Jangan takut dengan halangan isu tauliah, tetapi takutlah Allah jika kita gagal menyampaikan kesedaran, kebenaran, menyuruh kepada yang baik dan mencegah dari yang mungkar.

Pembela dan Pemuda Pas Kubang Pasu buat kutipan derma bantu Ahmad Lutfi

Perikatan Belia Bersatu Malaysia (Pembela) dan Dewan Pemuda Pas kawasan Kubang Pasu akan mengadakan majlis bacaan yasin mendoakan kesejahteraan dan kutipan derma untuk membantu kos rawatan Ahmad Lutfi, Ketua Pengarang Harakah yang menjalani rawatan jantung iaitu prosedur angioplasty untuk memasukkan balon dan tongkat bagi membuka saluran jantungnya yang tersumbat.

Menurut Setiausaha Agung Pembela, Basir Hj Ismail berkata, kelmarin pihaknya telah dihubungi oleh anak saudara Ketua Pengarang Harakah berkenaan yang memaklumkan bahawa Ahmad Lutfi sedang dalam kesulitan kewangan untuk membiayai kos rawatan yang telah dan akan dijalani olehnya.

“Sehubungan itu, Pembela dan Dewan Pemuda Pas Kubang Pasu rasa terpanggil untuk mengerakkan inisiatif mencari dana membantu Ahmad Lutfi memandang beliau juga merupakan seorang aktivis Pas yang istiqomah dan banyak berjasa dalam perjuangan, di samping anak kelahiran Kg. Raja, Kubang Pasu, katanya.

Katanya, adanya inisiatif ini akan memudahkan orang ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpanya memberi sumbangan tersebut melalui Tabung Rawatan Jantung Ahmad Lutfi yang akan disampaikan selewat-lewatnya pada 18 Disember depan yang jatuh pada 1 Muharram 1431”.

Sementara itu, Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Kubang Pasu, Kaman Jaapar pula berkata, kutipan derma yang dijalankan ini adalah sebagai tanda sokongan moral kepada keluarganya dan dia sendiri yang telah banyak berjasa terutama melalui bidang penulisan berkaitan politik tanah air.

“Mungkin bagi sesetengah individu kos menjalani rawatan jantung seperti yang dilakukan oleh Ahmad Lutfi adalah kecil dan sedikit…… tetapi ianya tidak buat keluarga dan dirinya kerana dia bukanlah dari keluarga yang senang, katanya.

Oleh itu, Pembela dan Dewan Pemuda Pas Kubang Pasu merayu kepada orang ramai supaya sudi menghulurkan sumbangan kewangan melalui ‘Tabung Rawatan Jantung Ahmad Lutfi’ yang akan dilancarkan pada malam Jumaat ini di Pejabat Pembela.

Katanya, semua sumbangan akan diserahkan pada 1 Muharram depan kepadanya”.
Sumbangan juga boleh dilakukan terus melalaui Mayybank anak Sulong Ahmad Lutfi Othman (Ahmad Luqman Hakim bin Ahmad Lutfi) 162179670906.

Keterangan lanjut, bolehlah hubungi Setiausaha Agung Pembela, Basir Ismail, 017-484 7781, Bendahari Dewan Pemuda Pas Kubang Pasu, Mokhtar Hamid, 012-416 8002.

Dakwah di pusat hiburan tindakan berani



SHAH ALAM - Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia menyifatkan hasrat bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin turun padang untuk berdakwah hingga ke pusat hiburan sebagai tindakan murni dan berani kerana ia belum pernah diluahkan mana-mana ulama di negara ini.

Presidennya, Jurey Latiff Rosli mencadangkan Asri menjalankan usaha dakwahnya di negeri lain dahulu jika menghadapi halangan di Selangor.

“Tidak semestinya beliau mulakan di Selangor. Banyak lagi negeri yang ada pusat hiburan dan dikunjungi golongan Melayu,” katanya.

Beliau berkata, pembaharuan yang dilakukan Asri itu mungkin menjadi kejutan kepada sesetengah pihak.

Setakat ini, katanya, dakwah dijalankan di masjid, surau dan melalui ceramah mingguan.

Jurey Latiff, yang juga Pengarah Urusan World Evolution Brain (M) Sdn Bhd berkata, beliau akan menyokong dan bekerjasama dengan Asri dalam kegiatan dakwahnya itu.

“Saya akan bawa kakitangan penggambaran untuk merakamkan usaha Dr Asri dalam dakwahnya dan menjadikannya sebagai program televisyen,” katanya.

Hari Ini Saya Sokong Nazri Aziz Kerana Dia Ada Teloq

oleh pendkar Gunung kriang

Jika ada sesiapa yang pada penghematan saya bercakap benar, tidak kira sama ada dia orang BN, PR atau bukan orang mana-mana parti politik; saya akan tetap menyokong pandangan benar mereka. Dan hari ini giliran saya untuk menyokong Datuk Seri Nazri Aziz pula. Saya menyokong Nazri bukan kerana dia menggelar mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai rasis giler (terjemahan saya untuk ayat asalnya "bloody racist”) kerana kenyataan Dr Mahathir yang mempertahankan program Biro Tata Negara (BTN), tetapi keseluruhan kritikan Nazri terhadap Dr Mahathir, BTN dan Utusan Malaysia yang saya nampak banyak yang benar dan tepat.

Antara kenyataan menarik Nazri yang mengesankan saya ialah:
- Kenyataan tentang Dr Mahathir: “Anda tetap seorang rakyat Malaysia sama ada anda menteri atau tidak. Jika kerana kamu tidak lagi jadi Perdana Menteri, (dan) kamu mahu semua orang menyokong kamu...(lalu) kamu hanya bercakap tentang Melayu, justru saya tidak boleh menerima komennya. Bila kamu baca blognya, memang dia rasis giler (bloody racist)".

- Kenyataan tentang Utusan Malaysia dan program BTN: "Semua orang tahu apa di dalam silabus BTN, jadi mengapa kita menyatakan ia tidak berlaku? Kamu (Utusan) mahu berbohong (tentang BTN)? Kamu (Utusan) membuatkan rakyat ketawa. Mereka ingat Malaysia cuma kepunyaan Melayu dan kerajaan cuma kerajaan orang Melayu? Adakah cuma orang Melayu yang perlu bersemangat patriotik, kaum lain tidak perlu bersemangat patriotik terhadap negara ini? (Bercakap) guna otaklah. Jika mereka (Utusan) tidak tahu apa sebenarnya, ia berbeza, tapi orang-orang (yang menentang BTN) ini pernah terlibat dalam BTN sebelum ini. Mereka adalah fasilitator dan pengarah dan mereka tahu apa yang sebenarnya berlaku (di BTN). Marilah, tolong faham, ini bukan tahun 1961 atau 1970an, maklumat mudah diperolehi. Saya mahu mereka (Utusan) menghentikan sindrom nafi...."
Saya kira serangan hebat Nazri terhadap Dr Mahathir dan Utusan Malaysia ini antara yang paling pedas pernah saya dengar dari mulut seorang menteri Umno. Hari ini saya katakan saya sokong Nazri kerana sekurang-kurangnya dia masih berani membuktikan bahawa masih ada saki baki pemimpin Umno yang ada 'teloq' pada waktu-waktu tertentu Bila esok lusa, 'teloq'nya mungkin luruh disepak Najib, saya akan menendang Nazri balik!

Dan buat seketika, saya tidak ingin memikirkan kemungkinan kenyataan Nazri yang terkenal dengan sikap kaki bodeknya itu ada agenda tersembunyi lain...

~ pendikar gunung kriang

Laa Ada PUB & KARAOKE baru dibuka la pulak kat Aloq Setaq nie...

Pada hari ini, tanggal 06-12-2009 hari Ahad, bersamaan dengan 19 Zulhijjah, bersempena dengan PEMBUKAAN RASMI SEBUAH LAGI PUB & KARAOKE BARU DI BANDARAYA "ISLAM" ALOR SETAR, AloQStaQBlog menerbitkan posting ini yang bertajuk : KERAjaan "ISLAM" PAS KEDAH : Tarikh 6hb-12-2009 : Satu Lagi PUB baru di Alor Setar ...

PASTINYA, AloQStaQBlog akan menerima lagi pelbagai caci-maki dan ugutan oleh pihak-pihak berkenaan yang TIDAK SUKA Blog ini memburukkan Kepimpinan PAS Kedah pada hari ini. TETAPI, Demi untuk kebaikan Agama, Bangsa dan Tanahair, aku terpaksa menghadapinya.

Hari ini, detik bersejarah dalam dunia hiburan , "kelalaian dan melalaikan" & MUNGKIN JUGA terpalit "MAKSIAT" di Bandaraya pimpinan PARTI ISLAM KEDAH. Hampeh lagi sekali!

GAMBAR : Salah satu dari puluhan banner promosi Pub baru yang akan dibuka di Alor Star yang digantung di tiang-tiang lampu jalan seluruh Bandaraya. Gambar ini di rakam di kawasan Simpang Kuala. Juga terdapat di tiang lampu dipersekitaran (bahagian luar) Masjid Zaher - berdekatan traffik light Jalan Putra, dan dilain-lain tempat lagi.

Perasmian BLACK Pub & Karaoke yang dipercayai ada LIVE BAND & Karaoke (maklumat ini dibaca dari kain rentang, banner & bunting yang terpasang di tiang-tiang lampu jalan - berhampiran Masjid Zahir pun terpasang juga!) ...

HEBAT ! HEBAT ! ... Sungguh TERBUKA dan SPORTING Kerajaan ISLAM PAS KEDAH! ... Tahniah! ....

AloQStaQ agak pelik sungguh dengan Kepimpinan "ISLAM" PAS KEDAH yang selama ini sentiasa berkobar-kobar untuk memperjuangkan NEGARA ISLAM dan berhasrat untuk menghapuskan "kegiatan maksiat" yang mereka rasakan UMNO/BN menjadi pihak yang meluluskan permit/lesen. (banyak disebut berulang kali dalam Ceramah-Ceramah PAS, sejak lama dahulu lagi, sebelum Pilihanraya Umum ke 12)

Tetapi, selepas PAS Kedah berjaya memegang tampuk pemerintahan pasca PRU12 pada Mac 2008, nampaknya tiada banyak beza dengan kepimpinan yang dahulunya mereka sendiri persendakan, iaitu kepimpinan UMNO/BN.

Kalau dilihat di Pulau Langkawi pula, nampaknya masih lagi macam dulu, tiada larangan drastik nampaknya untuk menambahbaikan dari apa yang pernah mereka sebut PULAU MAKSIAT (Dulu atas pentas Ceramah, depa selalu kata, "sejurus lepas PAS TAWAN KEDAH, Semua Pusat Hiburan & Arak di Langkawi akan dihapuskan" kononnya!)... CAKAP TIPU ORANG KAMPUNG BOLEH LAH!! ....

Tetapi, pada pandangan mata kasar aku, tiada apa yang boleh dibanggakan oleh para pengundi PAS pada PRU12 tempohari untuk melihat perubahan yang dilaung-laungkan diceramah-ceramah PAS termasuklah kadang-kadang sehingga berkhutbah di mimbar-mimbar Jumaat!

Tapi, akhirnya, perlaksanaan macam HAMPEH!...
Salah tak, kalau aku sebut ini sebagai JANJI-JANJI ORANG MUNAFIQ?

Sekali lagi,
HEBATTT ! HEBATT ! ... Sungguh TERBUKA dan SPORTING Kerajaan ISLAM PAS KEDAH ni yer! ... Tahniah! .... Tahniah! ...

GAMBAR : Dipercayai Pusat Hiburan VOX (di Jalan Putra Alor Star) juga merupakan satu Pub yang masih beroperasi sejak zaman UMNO/BN memerintah dahulu lagi ... Kini nampaknya masih wujud. Ada kawan-kawan PAS kata, habih luput tarikh permit nanti, VOX ni Kerajaan PAS tak akan sambung lagi .... Ye ker? ...

NOTA :
MUNGKIN juga dalam Pub & Karaoke tersebut hanya dijual air Sirap, Teh O Ais, NESLO atau Kacang Goreng?! ...

Dan MUNGKIN juga LIVE BAND tersebut hanya dinyanyikan oleh Akill Hayy & Kumpulan lamanya The Riyadh? Sapa tau?! .... Hmmmm .........

Dan MUNGKIN juga lagu Karaoke tu hanya lagu tema 1MALAYSIA & Lagu Tiga Kupang . Saku penuh padi ..... la la la la ....

Pak-Pak Lebai & Mak-Mak Hajjah bolehlah turut serta ... PANGKAHLAH PAS LAGI UNTUK MENAMBAHKAN PUB DI BANDARAYA KITA!
Kepimpinan "ISLAM" PAS Versi KEDAH , tak sama dan tak serupa dengan Kepimpinan "ISLAM" PAS Versi KELANTAN & TRENGGANU & PERAK ... MUNGKIN BAGI DEPA, ISLAM BOLEH DIUBAH MENGIKUT KESESUAIAN TEMPAT & KEADAAN KOT!?

AloQStaQ
06 December 2009
JAM : 11:15 Pagi

Related Posts with Thumbnails

~ Followers ~

:: TAJUK UNTUK 3 HARI LEPAS ::

19/11/2009 18/11/2009 17/11/2009

~ IKLAN@KEDAHLANIE : RM10/SEBULAN ~


~ TVkedah ~

~ TVceramah ~

MUHAMMAD SANUSI MD NOR - SETPOL

~ Ceramah Online ~